• Kontak Kami
  • Hotline : +6281311110910
  • SMS : +6282111771133
  • BBM : D5445DB5

Kontak Kami

( pcs) Checkout

SELURUH GAMBAR SERTIFIKASI LEGALITAS KLINIK DE NATURE INDONESIA DAPAT KAMI INFOKAN MELALUI CHATTING WHATSAPP - LINE - BBM STANDAR PRODUK INTERNASIONAL ( ISO ) DAN NASIONAL BPOM - HALAL MUI JUGA SEBAGIAN TESTIMONI KESEMBUHAN PASIEN BESERTA HASIL LABORATORIUM SETELAH KONSUMSI OBAT DE NATURE BUKTI RESI KIRIMAN LUAR NEGERI DAN DALAM NEGERI YANG BISA DICEK SECARA ONLINE SEBAGAI REFRENSI PAKET TELAH SAMPAI TUJUAN

Cara Mengobati Sakit Sipilis

Ditambahkan pada: 23 August 2018 / Kategori:
Cara Mengobati Sakit Sipilis
Kode : -
Stok :
Dilihat : 29 kali
Review : Belum ada review
INFO HARGA
Silahkan menghubungi kontak kami untuk mendapatkan informasi harga produk ini.

Bagikan informasi tentang Cara Mengobati Sakit Sipilis kepada teman atau kerabat Anda.

Deskripsi Cara Mengobati Sakit Sipilis

Cara Mengobati Sakit Sipilis sebenarnya mudah dan senang, yang terpenting anda lakukan segera buat seketika bila ada rasa semacam pada kemaluan selepas hubungan intim. Sebab infeksi bakteria treponema pallidium boleh berjangkit melalaui hubungan sexs. Kencing sakit dan pedih selepas hubungan intim, kencing keluar nanah, keputihan berbau,luka. melecet , memerah dan muncul gatal bintik pada kemaluan adalah simptom yang wajib Anda berhati-hati keatasnya. Seelok-eloknya anda kena buat rawatan mana-mana klinik bersebelahan. Bila jumpa Dokter rasa malu anda boleh gunakan herba sebagai alternatif.

 

Apakah dia sifilis?
Sifilis adalah penyakit kelamin (STD) yang berjangkit, disebar melalui hubungan seks sama ada melalui vagina, dubur atau oral. Ia juga boleh disebar dari seorang ibu kepada bayinya semasa kehamilan. Sifilis disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum. Sifilis merupakan penyakit kelamin yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa.

Bagaimana seseorang itu dijangkiti dan  Cara Mengobati Gejala Sipilis
Siplis disebarkan melalui hubungan langsung dengan pesakit sifilis. Ulser/kudis sifilis berlaku terutamanya pada kawasan alat kelamin, faraj, dubur, atau di dalam rektum. Ulser juga boleh berlaku pada bibir dan di dalam mulut dan penyebaran berlaku semasa melakukan hubungan seks vagina, dubur atau oral.Wanita hamil yang dijangkiti penyakit ini boleh menyebarkan kuman sifilis kepada bayi yang dikandungnya.Sifilis tidak boleh merebak melalui tempat duduk tandas, tombol pintu, kolam renang, tab mandi, pakaian dikongsi, atau perkakas makan.

Apakah tanda-tanda dan gejala di kalangan orang dewasa?
Sifilis berlaku secara berperingkat-peringkat, dan gejala adalah berbeza pada setiap peringkat. Peringkat-peringkat tersebut mungkin terjadi secara bertindih, dan gejala tidak semestinya berlaku mengikut susunan peringkat. Anda juga mungkin dijangkiti dengan kuman sifilis dan tidak melihat apa-apa gejala selama bertahun-tahun.

Peringkat 1: Peringkat rendah (Primary) Satu atau lebih ulser/kudis akan kelihatan di zakar, labia (bibir faraj), dubur dan kadang-kadang pada mulut dan bibir. Ulser ini dipanggil ‘chancre’ (klik untuk imej chancre – amaran: visual sensitif) dan akan hilang selepas beberapa minggu.Permulaan gejala peringkat pertama terjadi sekitar 10 hingga 90 hari (purata 21 hari) setelah dijangkiti kuman sifilis. Chancre biasanya bulat, keras, kecil, dan tidak menyakitkan. Ia muncul di tempat di mana sifilis memasuki badan. Chancre bertahan selama 3 hingga 6 minggu, dan akan sembuh tanpa rawatan. Walau bagaimanapun, jika rawatan tidak diberikan, jangkitan akan beralih ke peringkat 2 (secondary).

Peringkat 2: Peringkat sekunder (Secondary).Peringkat ini biasanya bermula dengan timbulnya ruam pada satu atau lebih bahagian badan. Ruam ini biasanya tidak akan menyebabkan kegatalan dan akan keluar ketika chancre /ulser sifilis sedang sembuh atau beberapa minggu selepas chancre telah sembuh. Ciri ruam sifilis peringkat 2 adalah kelihatan kasar, merah, atau tompok-tompok coklat kemerahan di kedua-dua tapak tangan dan bahagian tapak kaki. Walau bagaimanapun, ruam mungkin tampil berbeza – nipis, tidak jelas dan berlaku pada bahagian badan yang lain, menyerupai ruam biasa sehingga ianya tidak disedari sebagai ruam sifilis.

Pada peringkat ini, sifilis adalah sangat mudah berjangkit dan boleh menjangkiti pasangan dengan mudah melalui hubungan seks.Rawatan boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang peringkat 1 dan 2 dan ianya boleh sembuh. Tanpa rawatan, tanda-tanda dan gejala sifilis peringkat 2 mungkin hilang selepas beberapa minggu. Nanum jika rawatan tidak diberikan, jangkitan akan kembali dan beralih ke peringkat 3.

Peringkat 3: Peringkat pendam/sembunyi. Sifilis peringkat 3 adalah terpendam (tersembunyi) dan peringkat ini bermula apabila gejala peringkat 1 dan 2 telah hilang. Tanpa rawatan, pesakit sifilis akan terus mempunyai sifilis walaupun tiada tanda-tanda atau gejala; jangkitan adalah kekal di dalam badan. Peringkat pendam ini boleh bertahan selama bertahun-tahun, kadangkala sehingga 20 tahun sebelum beralih ke peringkat 4 iaitu peringkat lewat/akhir.

Peringkat 4: Peringkat lewat / akhir. Sifilis Peringkat 4 terjadi pada kira-kira 15% daripada mereka yang pernah dijangkiti sifilis yang tidak mendapatkan rawatan. Peringkat ini boleh muncul 10-20 tahun selepas jangkitan pertama diperolehi.Di peringkat akhir sifilis, penyakit ini kemudiannya merosakkan organ-organ dalaman, termasuk otak, saraf, mata, jantung, saluran darah, hati, tulang dan sendi. Tanda dan gejala peringkat lewat/akhir sifilis termasuk kesukaran menyelaras pergerakan otot, lumpuh, kebas, kabur penglihatan dan buta, dan juga demensia (nyanyuk/hilang akal). Kerosakan ini boleh menjadi cukup serius sehingga menyebabkan kematian.

Apakah kesan sifilis kepada wanita hamil dan bayinya?
Bakteria sifilis boleh menjangkiti bayi ketika di dalam kandungan. Bergantung kepada tempoh berapa lama wanita hamil tersebut telah dijangkiti kuman sifilis, dia mungkin berisiko tinggi untuk mengalami stillbirth (bayi yang lahir mati dalam kandungan) atau melahirkan bayi yang meninggal dunia sejurus selepas kelahiran. Bayi yang dijangkiti kuman sifilis mungkin juga dilahirkan tanpa ada apa-apa tanda atau gejala penyakit. Walau bagaimanapun, jika tidak dirawat dengan segera, bayi tersebut mungkin akan mengalami masalah serius dalam masa beberapa minggu. Bayi yang tidak dirawat mungkin lambat berkembang (perkembangan yang perlahan), sawan, atau mati.

Bagaimana sifilis dikesan?
Sesetengah doktor/pakar perubatan boleh mengesahkan dan mengesan sifilis dengan memeriksa spesimen yang diambil dari chancre (ulser/lepuh/kudis sifilis) menggunakan mikroskop khas yang dipanggil mikroskop medan-gelap. Jika bakteria sifilis hadir dalam spesimen, ianya dapat dilihat melalui mikroskop tersebut.Ujian darah juga boleh menentukan sama ada seseorang mempunyai sifilis. Sejurus selepas jangkitan berlaku, badan akan menghasilkan antibodi sifilis yang boleh dikesan oleh ujian darah. Ujian darah adalah tepat, selamat dan murah. Selepas penyakit telah berjaya dirawat, tahap rendah antibodi sifilis mungkin akan kekal di dalam darah untuk beberapa bulan atau tahun. Oleh kerana sifilis yang tidak dirawat pada wanita hamil boleh menjangkiti dan mungkin membunuh bayi yang dikandung, setiap wanita hamil perlu menjalani ujian darah untuk sifilis.

Apakah hubungan antara sifilis dan HIV?
Ulser/kudis di kemaluan (chancres) disebabkan oleh sifilis, memudahkan pemindahan kuman HIV secara seksual. Apabila seseorang itu mempunyai sifilis, risiko untuk mendapat jangkitan HIV akan meningkat sehingga 5 kali ganda jika dia terdedah kepada virus itu. Ini kerana, ulser yang disebabkan oleh STD seperti sifilis, menyebabkan kudis, luka, atau rekahan pada kulit, di mana luka ini boleh berdarah dengan mudah. Dan apabila bersentuhan dengan mukosa mulut, lendiran faraj dan dubur ketika melakukan hubungan seks, ini akan meningkatkan risiko untuk dijangkiti HIV, jika terdedah kepada virus itu.Jika seseorang itu pernah menghidap sifilis dan telah sembuh, ianya tidak melindungi seseorang itu daripada dijangkiti semula. Hanya ujian makmal boleh mengesahkan sama ada seseorang itu memhidapi sifilis. Oleh kerana ulser/kudis sifilis boleh tersembunyi di dalam faraj, dubur atau mulut, ianya mungkin tidak jelas bahawa pasangan seks menghidapi sifilis. Sila berjumpa doktor anda untuk memastikan adakah anda perlu diuji semula bagi mengesan sifilis selepas menerima rawatan.

Bagaimana sifilis boleh dicegah?
Cara terbaik untuk mengelakkan penyebaran penyakit kelamin, termasuk sifilis, adalah menahan diri dari hubungan seksual atau berada dalam hubungan yang saling monogami dengan pasangan yang telah diuji dan disahkan tidak dijangkiti.Mengelakkan penggunaan alkohol dan dadah juga boleh membantu mencegah penyebaran sifilis kerana aktiviti-aktiviti ini boleh membawa kepada kelakuan seksual yang berisiko. Adalah penting bagi setiap pasangan seks untuk bercakap/memaklumkan antara satu sama lain mengenai status kesihatan seksual mereka dan sejarah STD lain supaya tindakan pencegahan dapat diambil.Penyakit ulser alat kelamin seperti sifilis, boleh berlaku di kedua-dua kawasan kemaluan lelaki dan perempuan yang dilindungi oleh kondom, serta di kawasan yang tidak dilindungi. Penggunaan kondom yang betul dan konsisten hanya boleh mengurangkan risiko sifilis, serta herpes kemaluan apabila kawasan yang dijangkiti itu dilindungi, dan bukan langkah pencegahan 100%. Kondom yang dilincirkan dengan spermisid juga tidak akan membantu dalam mengelakkan penyebaran dan bukan pencegahan untuk STD atau HIV.Penyebaran STD termasuk sifilis tidak boleh dielakkan dengan membasuh kemaluan, membuang air kecil, atau douching selepas seks. Sekiranya terdapat lelehan/lendiran /keputihan luarbiasa, sakit, atau ruam, khususnya di kawasan pangkal paha, anda harus berhenti dari melakukan hubungan seks dan berjumpalah doktor dengan segera.

Customer review dinonaktifkan: Cara Mengobati Sakit Sipilis

Maaf, form customer review dinonaktifkan untuk produk ini

SIDEBAR
Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.